Serum Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) Enhancement Through Task-Specific Exercises and Transcranial Simulation: A Randomised Pilot Controlled Study in Stroke Survivors

Kajian rintis ini bertujuan untuk menilai kesan rehabilitasi selama 4 minggu yang melibatkan latihan tugasan khusus (TSE), stimulasi arus terus transkranial (tDCS), dan gabungannya terhadap peningkatan aras faktor neurotropik yang berasal dari otak (BDNF) dalam kalangan penghidap strok ambulatori. Sejumlah 60 pesakit strok ambulatori telah dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan intervensi; (i) fisioterapi intervensi kawalan (CIP); (ii) gabungan TSE, tDCS, dan CIP; (iii) TSE dan CIP; dan (iv) tDCS dan CIP. Tahap serum BDNF dinilai menggunakan kit Quantikine ELISA. Perbezaan yang signifikan secara statistik dalam tahap serum BDNF diperolehi di antara kumpulan-kumpulan tersebut (F=58.04, p=0.001). Analisis post-hoc Bonferroni menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap serum BDNF antara kumpulan kawalan dan TSE + CIP (p=1.000). Perbezaan yang signifikan secara statistik dalam serum BDNF dilaporkan antara kumpulan kawalan, tDCS + CIP, dan TSE + tDCS + CIP pada p<0.001. Kajian rintis ini menunjukkan kesan yang ketara intervensi terhadap tahap serum BDNF dalam pesakit strok. Gabungan TSE, tDCS, dan CIP menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan tahap BDNF pesakit. Tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap BDNF dapat dikenalpasti antara kumpulan kawalan dan TSE + CIP. Penemuan ini memberikan harapan untuk memperhalusi strategi penyelidikan dan rehabilitasi dalam pesakit strok untuk mendorong neuroplastisiti berkaitan BDNF.

留言 (0)

沒有登入
gif