Kesan “analgesia epidural” ketika bersalin (LEA) masih tidak jelas samada ianya akan menjejaskan kaedah bersalin. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk menentukan sama ada LEA dikaitkan dengan peningkatan kadar kelahiran secara caesarean (CD) atau memerlukan bantuan alat bersalin melalui faraj (VAD). Ini ialah satu kajian kohort retrospektif yang menganalisis rekod kelahiran dan LEA secara berturut-turut dari Januari hingga April 2021. Caesarean elektif dikecualikan. Pesakit dibahagikan kepada kumpulan LEA dan “non-labour epidural analgesia” (NLEA). Hasil yang diukur ialah cara bersalin yang dinyatakan sebagai CD, VAD atau bersalin secara spontan melalui faraj (SVD). Sejumlah 262 kelahiran memenuhi kriteria kemasukan. Bersalin faraj spontan lebih ketara diperhatikan di dalam kumpulan NLEA (LEA 2(1.5%) vs NLEA 79(60.3%), p<0.001) berbanding ibu mengandung yang memilih LEA mempunyai lebih banyak VAD dan CD (LEA VAD 60(45.8%) vs NLEA VAD 4(3.1%), p<0.001; LEA CD 69(52.7%) vs NLEA CD 48(36.6%), p=0.013 masing-masing). Faktor risiko yang dikaitkan dengan CD dianalisis menggunakan model regresi logistik (LR). Analisa univariat menunjukkan bahawa LEA dan pariditi 0 dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk CD manakala analisis multivariat menunjukkan LEA adalah faktor risiko bebas untuk CD. Ibu bersalin dalam kumpulan LEA mempunyai hampir dua kali ganda risiko untuk bersalin secara CD [nisbah odds terlaras 1.973(1.116-3.486), p=0.047]. Kesimpulannya, LEA dikaitkan dengan peningkatan kadar CD dan VAD.
留言 (0)