Depression and Coping Strategies among Parents of Children with Cancer in Malaysia

Gejala kemurungan telah dilaporkan lebih ketara di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap kanser. Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens gangguan kemurungan utama (MDD) dan kaitannya dengan faktor sosio-demografi dan strategi daya tindak dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak yang menghidap kanser di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMMC) dan Hospital Besar Pulau Pinang (PGH). Dalam kajian keratan rentas, peserta telah disaring untuk kemurungan dengan menggunakan Soal Selidik Kesihatan Pesakit (PHQ-9). Diagnosis MDD bagi mereka yang berisiko tinggi telah disahkan menggunakan Mini International Neuropsychiatric Interview (M.I.N.I.). Strategi daya tindak dinilai menggunakan skala 'Coping Orientation to Problems Experienced Inventory' (Brief COPE). Daripada jumlah 162 ibu bapa dalam kajian ini, 17.3% peserta mempunyai simptom kemurungan sederhana hingga teruk. Kira-kira 10% mempunyai simptom sederhana manakala 7.4% mempunyai simptom yang teruk. Kesemua 7.4% telah didiagnosis dengan MDD. Peserta yang menggunakan penafian (ß = 0.611), pelepasan tingkah laku (ß = 0.992) dan menyalahkan      diri sendiri (ß = 0.682)  mempunyai   kemungkinan lebih tinggi untuk mengalami gejala kemurungan. Tempoh penyakit anak (ß = -0.028) mempunyai kesan negatif yang ketara ke atas skor PHQ-9. Kesimpulannya, ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap kanser harus disaring untuk kemurungan pada masa yang mencabar ini.

留言 (0)

沒有登入
gif