Moral Internalisation Influences the Attentional Bias to Smoking and Non-Smoking Stimuli in Malaysian Youth

Kelompok belia muda merupakan satu fasa pertumbuhan emosi dan kognitif yang kompleks serta dicabar dengan isu-isu moral dan tingkahlaku berisiko. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan bukti elektrofisiologi pada bahagian otak yang spesifik untuk menjelaskan tentang interaksi di antara bias perhatian terhadap imej tingkahlaku berisiko (merokok) dan tingkah laku bukan berisiko, yang boleh dipengaruhi oleh faktor kepelbagaian identiti moral. Seramai 78 subjek (Min umur 22 + 2.1 tahun) terlibat dengan sesi Event Related Potential (ERP) yang dijalankan di Makmal Neurosains. Bias perhatian terhadap rangsangan visual ditentukan melalui gelombang otak N200 yang diukur semasa subjek memberi maklumbalas terhadap rangsangan imej target (iaitu tingkahlaku berisiko merokok  dan tingkahlaku bukan berisiko) dan bukan target (neutral). Komponen N200 diekstrak dan dianalisis dengan analisa varians bercampur (imej target dan bukan target sebagai kesan dalaman subjek; manakala identiti moral sebagai kesan antara subjek). Bias perhatian terhadap rangsangan visual berinteraksi secara signifikan dengan kepelbagaian identiti moral terutama pada bahagian tengah otak. Ciri internalisasi yang tinggi dan simbolisasi yang rendah serta internalisasi dan simbolisasi yang tinggi, menunjukkan kependaman N200 yang pendek apabila memberi bertindak balas terhadap imej tingkahlaku berisiko (merokok) berbanding imej tingkahlaku bukan berisiko. Ciri internalisasi mempengaruhi bias perhatian terhadap tingkahlaku berisiko (merokok) yang ditunjukkan oleh pengaktifan neural N200 pada bahagian tengah otak. Kepentingan hubungkait aspek moral psikologi dengan tingkahlaku berisiko di kalangan belia muda perlu difokuskan dengan lebih terperinci dalam membangunkan program promosi kesihatan dan pendidikan pada masa hadapan.

留言 (0)

沒有登入
gif